

(PANITIA SAINS)
CADANGAN KERTAS KERJA
UNTUK
MEMBINA SEBUAH TAMAN MINI
SAINS
SMK BERANGAN.(2006)
Disediakan oleh,
Ketua Panitia Sains
SMK Berangan
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BERANGAN
KERTAS CADANGAN MEMBINA SEBUAH TAMAN MINI SAINS.
1. PENGENALAN:
Memandangkan era sains dan teknologi, mata pelajaran sains
bukan sahaja melibatkan pembelajaran di dalam bilik darjah
atau makmal sains, pihak KPM memberi peluang kepada setiap
sekolah membina satu taman berkonsepkan sains dan alam sekitar
bagi memupuk pelajar meminati sains yang berkaitan dengan alam
sekitar. Justeru itu untuk memupuk semangat diadakan
pertandingan JUARA MAKMAL yang melibatkan Taman Mini sains ini.
Untuk tidak ketinggalan maka SMK Berangan ingin menyertai
Projek dan Program ini demi kepentingan para pelajarnya.
2. LATAR BELAKANG:
2.1 Taman sains ini terletak di antara bangunan makmal sains
dan padang bola jaring SMK Berangan.
2.2 Keluasan yang dicadangkan adalah lebih kurang
2,000 kaki persegi.
2.3 Reka bentuk taman yang dicadangkan adalah
sebagaimana lakaran pelan yang
dilampirkan.
3. OBJEKTIF:
3.1 Memupuk pelajar supaya meminati mata pelajaran sains yang
banyak berkaitan dengan alam sekitar.
3.2 Guru serta pelajar boleh mengadakan beberapa aktiviti luar
yang berkaitan apabila terbinanya taman ini.
3.3 Merangsang minda dan kreativiti pelajar dalam
menjayakan taman ini.
3.4 Memupuk nilai-nilai murni kepada pelajar supaya cinta
kepada tumbuhan/flora.
4.RASIONAL:
4.1 Melahirkan pelajar yang peka kepada alam sekitar. Justeru
itu dapat mengaplikasi pelajar dengan projek ini.
4.2 Menanam semangat kerjasama kepada pelajar
supaya sayangkan alam sekitar.
5. ANGGARAN KOS PROJEK:
5.1 Kos projek dianggarkan sebanyak RM10, 700 yang dipecahkan
seperti mana berikut;
(a) Fasa Pertama
5.1.1 Tanah ( 5 lori)
= RM 300
5.1.2 Batu kelikir (3 lori)
= RM 300
5.1.3 Pagar yang lengkap
= RM 1, 000
5.1.4 Kolam buatan
= RM 1, 000
5.1.5 Sebuah wakaf yang lengkap
(Gazebo) = RM 2, 500
5.1.6
Pergola
= RM 500
JUMLAH
= RM 5, 600
(b) Fasa Kedua
5.1.7 Pokok –pokok(kaktus/herba/0rkid)
= RM 500
5.1.8 Pintu gerbang
= RM 500
5.1.9 Jambatan dalam taman (kayu)
= RM 500
5.1.10 Laluan dalam taman
= RM 800
5.1.11 Air pancutan elektrik
= RM 300
5.1.12 Upah pekerja
= RM 2,000
5.1.13 Lain-lain kos
= RM 500
JUMLAH
= RM 5,100
JUMLAH RM 10, 700
6. RUMUSAN:
Memandangkan peruntukan panitia sains adalah amat
terhad dan terdapat banyak aktiviti panitia sains yang perlu
dilaksanakan dan melibatkan kos yang agak tinggi. Justeru itu,
pihak panitia sains memohon sumbangan daripada pihak dalaman
dan luaran sekolah sama ada daripada Jabatan-jabatan Kerajaan,
Badan-badan Berkanun, Syarikat-syarikat swasta dan orang
perseorangan.
Disediakan oleh,
------------------------------------
(LATIFAH BT SULAIMAN)
Ketua Panitia Sains
SMK Berangan,
16200 Tumpat,
Kelantan.
Disemak oleh,
-------------------------------------------
(EN ABD RAHMAN BIN JUSOH)
PK Pentadbiran
SMK Berangan,
16200 Tumpat,
Kelantan.
Disahkan oleh,
--------------------------------------------------------------
(TN HJ SAHIFUL BAHARI BIN ABD RAHMAN)
Pengetua
SMK Berangan,
16200 Tumpat,
Kelantan.
PANITIA SAINS,
SMK BERANGAN,
16200 TUMPAT,
PENGETUA,
SMK BERANGAN,
16200 TUMPAT,
KELANTAN.
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MEMBINA SEBUAH TAMAN MINI SAINS
Berhubung perkara di atas, saya selaku ketua panitia Sains
SMKB memohon
sumbangan dari pihak sekolah untuk menjayakan projek tersebut.
2.
Cadangan kertas kerja telah dilampirkan bersama-sama
surat ini untuk pertimbangan pihak tuan.
3.
Segala kerjasama yang diberi didahului dengan ribuan
terima kasih.
“SAINS PEMANGKIN KEMAJUAN NEGARA”
YANG MENJALANKAN TUGAS,
-----------------------------------
(LATIFAH BT SULAIMAN)
Ketua Panitia Sains
SMK Berangan,
16200 Tumpat,
Kelantan.
KERATAN JAWAPAN
Saya/kami
-----------------------------------------------------------------------
bersetuju memberi sumbangan ikhlas sebanyak RM----------------------------
kepada pihak Pengetua SMK Berangan bagi tujuan pembinaan taman
mini sains.
Tandatangan:
(Nama dan cop syarikat):
Tarikh :
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KERATAN JAWAPAN
Saya/kami
-----------------------------------------------------------------------
bersetuju memberi sumbangan ikhlas sebanyak RM----------------------------
kepada pihak Pengetua SMK Berangan bagi tujuan pembinaan taman
mini sains.
Tandatangan:
(Nama dan cop syarikat):
Tarikh :
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN BAGI MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH TAMAN
MINI SAINS SMK BERANGAN, TUMPAT, KELANTAN.
Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Berangan melalui Ketua
Panitia Sains akan melaksanakan satu projek yang dikenali
sebagai projek taman mini sains SMK Berangan yang telah
dilaksanakan sejak awal Mac 2006. Anggaran kos adalah sebanyak
RM 10, 700 sebagai mana cadangan kertas kerja yang dilampirkan
bersama-sama ini.
3.
Sehubungan itu sukacita kiranya pihak tuan dapat
memberikan sumbangan ikhlas bagi menjayakan projek tersebut.
Bersama-sama ini disertakan kertas jawapan untuk tindakan
pihak tuan selanjutnya.
4.
Kerjasama pihak tuan amat kami hargai dan sanjungi.
5.
Sekian terima kasih.
“SAINS PEMANGKIN KEMAJUAN NEGARA”
YANG MENJALANKAN TUGAS,
--------------------------------------------------------------
(TN HJ SAHIFUL BAHARI BIN ABD RAHMAN)
Pengetua
SMK Berangan.