Kg. Kok Pasir, Tumpat, Kelantan , Laman kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan

Home  > Post Mortem Fizik

Hari ini,

  KANDUNGAN

Aktiviti Panitia

 Maklumat Guru

 Bank Soalan

 Jadual Pencerapan

 Peraturan Makmal

 Program Peningkatan Akademik

 Teknik Menjawab Kimia

 Teknik Menjawab Kimia 2

 Rancangan Tahunan 2007

 Carta Aliran P&P

 Greding PMR & SPM

 Jadual Penggunaan Makmal

 Minit Mesyuarat

 Post Mortem MP Sains

 Post Mortem PMR

 Post Mortem Kimia

 Post Mortem Fizik

 Post Mortem Biologi

 Post Mortem Sains

 Taman Sains

 Analisis PMR Sains

 Gubal Peperiksaan Dalaman

 Program Juara makmal Sains

 

PANITIA

JP MATA PELAJARAN

  


  

                      Panitia Sains SMK Berangan

POST MORTEM MATA PELAJARAN FIZIK

 

Peperiksaan Bilangan pelajar mendapat
1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E LULUS GAGAL
SPM 2005 1 2.27 0 0.00 0 0.00 3 6.82 5 11.36 4 9.09 18 40.91 11 25.00 42 95.45 2 4.55
SPM 2006 0 0.00 1 2.13 1 2.13 2 4.26 10 21.28 9 19.15 20 42.55 3 6.38 46 97.87 1 2.13
Target SPM 2007 3 5.45 5 9.09 6 10.91 9 16.36 15 27.27 11 20.00 7 12.73 0 0.00 55 100.00 0 0.00

Ulasan pencapaian :

Pencapaian matapelajaran Fizik dalam peperiksaan SPM 2006 menunjukkan sedikit peningkatan dari segi peratus lulus iaitu 97.87%,berbanding 95.45 %. Dari segi kecemerlangan , peningkatan dari gred “lulus” ke  gred “kepujian” meningkat dengan baik,iaitu dari 30.95% ke 50.00%. 

Kelemahan: 

  1. Kebanyakan soalan berbentuk aplikasi dalam fizik kertas 2,dan hanya pelajar yang memahami konsep fizik yang betul dapat menjawab dengan baik.
  2. Pelajar juga gagal menjawab dengan baik bagi soalan esei yang manghubungkaitkan konsep fizik dengan keadaan sekeliling.Akibatnya konsep yang diutarakan  oleh pelajar jauh menyimpang dari apa yang dikehendaki oleh kehendak soalan.
  3. Terlalu banyak peperiksaan memberi tekanan emosi yag tinggi,menyebabkan motivasi pelajar turun menjelang peperiksaan yang sebenar.
  4. Penyelesaian soalan aras rendah didapati masih tidak dapat dikuasai dengan baik, terutama pelajar dari tingkatan 5SN2

Kekuatan :

  1. Sukatan pelajaran dihabiskan seawal bulan Julai, bagi memberi tumpuan pada soalan latih tubi.
  2. Soalan latih tubi dijalankan mengikut topik bagi mengesan konsep fizik yang susah difahami oleh pelajar.
  3. Tumpuan diberi pada teknik menjawab soalan dengan  baik dan betul dalam cuti pertengahan tahun oleh guru cemerlang Fizik.
  4. Pemurnian soalan dilakukan pada kelas tambahan malam bagi memperkayakan konsep fizik yang betul sesui dengan aplikasi sains dalam kehidupan harian .
  5. Ujian-ujian topikal diadakan  bagi memberi kefahaman sains aras rendah dan sederhana.
  6. Pendedahan soalan dari sekolah SBP,MRSM dan Teknik dilakukan untuk mengukuhkan kemahiran menyelesaikan masalah setiap pelajar.
  7. Ceramah kerjaya dan motivasi dilakukan oleh unit kaunseling bagi meningkatkan lagi semangat belajar yang tinggi .

Strategi Kearah Pencapaian Target SPM 2007

  1. Menghabiskan sukatan pelajaran pada bulan Jun, bagi memberi tumpuan pada soalan mengikut topik .

  2. Tumpuan diberi pada soalan latih tubi bagi mengesan konsep fizik yang susah difahami oleh pelajar.

3.     Teknik menjawab soalan akan diadakan pada cuti sekolah pada

     pertengahan tahun tahun oleh guru cemerlang Fizik.

  1. Kelas Tambahan petang dan malam akan digunakan sepenuhnya bagi memantapkan kemahiran menjawab soalan struktur.

  2. Tumpuan diberikan pada soalan esei yang menghubungkan masalah yang diberi dengan konsep fizik yang betul.

  3. Tumpuan juga diberi pada lukisan graf pada fizik kertas 3 bagi memberi kemahiran yang betul dalam membuat keputusan sains.

  4. Pelajar-pelajar yang berpotensi untuk mendapat gred A1 DAN A2, dikumpulkan dalam kelas intensif khas, yang diadakan pada waktu malam.

  5. Ujian topikal akan diadakan  dari semasa ke semasa bagi memberi kefahaman sains aras rendah dan sederhana kepada pelajar.

  6. Pendedahan soalan dari sekolah SBP,MRSM dan Teknik akan diteruskan  bagi membimbing pelajar dalam menyelesaikan masalah yang dikemukankan.

  7. Ceramah kerjaya dan motivasi akan diadakan  oleh unit kaunseling sekolah  bagi meningkatkan lagi motivasi dan semangat juang pelajar bagi menempuh peperiksaan.

 

 

 
                              

 

Hakcipta  - Panitia Sains SMK Berangan Tumpat, Kelantan