Kg. Kok Pasir, Tumpat, Kelantan , Laman kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan

Home  > Minit Mesyuarat

Hari ini,

  KANDUNGAN

 Aktiviti Panitia

 Maklumat Guru

 Bank Soalan

 Jadual Pencerapan

 Peraturan Makmal

 Program Peningkatan Akademik

 Teknik Menjawab Kimia

 Teknik Menjawab Kimia 2

 Rancangan Tahunan 2007

 Carta Aliran P&P

 Greding PMR & SPM

 Jadual Penggunaan Makmal

 Minit Mesyuarat

 Post Mortem MP Sains

 Post Mortem PMR

 Post Mortem Kimia

 Post Mortem Fizik

 Post Mortem Biologi

 Post Mortem Sains

 Taman Sains

 Analisis PMR Sains

 Gubal Peperiksaan Dalaman

 Program Juara makmal Sains

 

PANITIA

JP MATA PELAJARAN

  

 

 

 

 

 

 

 

  


  

                      Panitia Sains SMK Berangan

JADUAL TENTATIF MESYUARAT PANITIA SAINS 2007

 

 

PROGRAM

 

TEMPOH MASA PELAKSANAAN

 

MESYUARAT - 1

 

15/1/2007

 

MESYUARAT - 2

 

APRIL 2007

 

MESYUARAT - 3

 

JUN 2007

 

MESYUARAT - 4

 

OGOS 2007

 

MESYUARAT - 5

 

OKTOBER 2007

 

  

 

   Panitia Sains

   SMK Berangan,

   16200 Tumpat,

   Kelantan

 

 

 

Tuan/Puan,

……………………………………………

 

MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2007

 

Dengan segala hormatnya dijemput tuan/puan untuk menghadiri mesyuarat Panitia Sains kali pertama seperti yang dinyatakan dibawah :

Tarikh :  15 Januari 2007 ( ISNIN )

Masa : 1.20 tengahari

Tempat : Bilik Wawasan

 

2.         Agenda-agenda :

                                             i.      Ucapan Pengerusi

                                           ii.      Ucapan Wakil Pentadbir

                                          iii.      Laporan Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2006 dan Post Mortem

                                        iv.      Laporan Analisis Peperiksaan PMR 2006 dan post Mortem

                                         v.      Target PMR 2007

                                        vi.      Perancangan Tahun 2007

                                      vii.      Pencerapan Guru dan Buku Nota/Latihan Pelajar

                                     viii.      Perlaksanaan ETEMS

                                         ix.      Hal-hal lain

                                           x.      Penangguhan

 

3.                  Kehadiran adalah wajib dan kerjasama amat diperlukan.

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

………………………..

(Pn. Norazni Abdullah)

Text Box:  S.K GPK I 
 Fail Panitia

 

SU Panitia Sains

 

 

 

 

 

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS

KALI PERTAMA 2007 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BERANGAN

16200 TUMPAT KELANTAN

( DEA 6364 )

 

 

NAMA MATAPELAJARAN : SAINS

TARIKH MESYUARAT : 15 JANUARI 2007

NO. RUJUKAN FAIL PANITIA : 05/02/004

HARI : ISNIN

WAKTU : 1.20 – 3.00 PETANG

TEMPAT : LOUNGE BILIK GURU

 

KEHADIRAN :                                                                    

 

1.      Puan Latifah Sulaiman

2.      Puan Norazni Abdullah

3.      Puan Zainah Ahmad

4.      En Adlan Mat

5.      En Irwan Othman

6.      En Ahmad Nazri  Latif 

 

 

LAPORAN MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2007

 

 

Bil

Agenda

Perkara/Cadangan/Keputusan

Tindakan

 

1.

 

Ucapan Pengerusi      

   (Ketua Panitia)

 

 

 

 

  • Ucapan terima kasih untuk semua guru kerana menghadiri mesyuarat panitia Sains untuk kali pertama dan majlis dimulai dengan bacaan ummul kitab.

  • Ketua panitia menyatakan tujuan utama mesyuarat diadakan adalah untuk merancang dan meneliti aktiviti panitia sepanjang tahun 2007.

  • Bagi tahun ini diharapkan semua guru-guru Panitia Sains meneruskan semangat kerjasama yang ditonjolkan dan sentiasa menyumbang idea untuk kepentingan panitia mahupun sekolah.

 

 

  • Semua guru Panitia Sains

 

2.

 

Laporan Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2006 dan post mortem

 

  • Mengikut analisis yang dikemukakan dari setiausaha peperiksaan sekolah, secara kesimpulan dirumuskan bahawa peratus lulus bagi :

 

Tingkatan 1 : 29.26 % (LEMAH)

Tingkatan 2 :36.78 % (LEMAH)

Tingkatan 4 :

 

          SAINS : 68.22 % (BAIK)

          BIOLOGI : 100 % (CEMERLANG)

          FIZIK : 61.82 % (MEMUASKAN)

          KIMIA : 56.36 % (MEMUASKAN)

 

  • Secara  keseluruhan, pencapaian adalah sederhana.

  • Ketua Panitia menasihatkan guru sains agar dapat menghabiskan silibus lebih awal supaya dapat disusuli dengan latih tubi yang banyak terutama bagi Tingkatan 4.

  • Post mortem lengkap bagi keseluruhan tingkatan seperti edaran.

 

 

  • Semua guru panitia sains

 

3.

 

Laporan Analisis Peperiksaan PMR 2006 dan post mortem

 

  • Mengikut analisis sekolah, peratus lulus subjek Sains bagi tahun 2006 adalah meningkat jika dibandingkan dengan tahun 2005 iaitu dari 89.30 % kepada 92.89 %. Pencapaian diperolehi mengatasi pencapaian tahun 2005 sebanyak 3.59 %

  • Walaubagaimanapun jika dilihat dari peratus kecemerlangan (yang mendapat A ) adalah menurun iaitu dari 12.30 % (23 orang) kepada 9.00 % ( 19 orang). Kesimpulannya dari keputusan diperolehi peratus kecemerlangan tidak mencapai target yang telah ditetapkan.

  • Laporan Post mortem bagi peperiksaan PMR 2006 akan disediakan.

 

 

  • Ketua Panitia.

 

4.

 

Target PMR 2007

 

  • Dari keputusan PMR 2006, target baru telah ditetapkan bagi tahun 2007 iaitu peratus lulus subjek Sains adalah 94 % dan target kecemerlangan (bil. A) ialah seramai 24 orang.

 

 

  • Semua Guru Sains Ting.3

 

5.

 

Perancangan Tahun 2007

 

  • Perancangan bagi tahun 2007 tidak jauh berbeza dari tahun 2006 dimana beberapa aktiviti telah ditambah seperti lampiran yang disediakan.

 

 

  • Semua Guru Sains

 

6.

 

Pencerapan Guru dan Buku Nota/Latihan Pelajar

 

  • Pencerapan guru dan buku nota pelajar adalah merujuk kepada jadual pencerapan didalam buku pengurusan sekolah tahun 2007.

  • Ketua panitia meminta supaya semua guru Sains mematuhi jadual pencerapan yang telah ditetapkan dan pencerapan bagi guru dan pelajar pada tahun ini akan dilakukan sebanyak 2 kali.

  • Ketua Panitia juga mencadangkan supaya penggunaan buku nota bagi tingktan 1-5 diselaraskan.

 

 

  • Semua Guru Sains

 

7.

 

Pelaksanaan ETeMS

 

  • Bagi semua subjek Sains, ketua panitia berharap semua guru menjalankan p&p menggunakan Bahasa Inggeris.

  • Guru juga digalakkan supaya banyak menggunakan courseware yang dibekalkan.

 

 

 

8.

 

Hal-hal lain

 

  • Pelaksanaan PEKA harus dikemaskinikan bagi tingkatan 5 terutamanya sebelum penyerahan markah dilakukan. Bagi tingkatan lain, fail PEKA pelajar harus di ‘carry forward’ dan fail-fail tersebut perlu disimpan di almari makmal.

  • Guru Sains juga harus menyerahkan huraian sukatan pelajaran , rancangan pelajaran tahunan , soalan dan skema soalan untuk dikemaskinikan dalam fail sokongan panitia dan buku rekod mengajar juga perlu  dihantar setiap hari khamis.

  • Panitia juga perlu mengemaskini fail utama sepanjang tahun dengan merujuk fail pengurusan akademik yang diberikan.

  • Mana-mana maklumat atau bahan Panitia Sains lima tahun ke belakang akan dimasukkan dalam fail Arkib.

  • Mesyuarat Sains juga akan dijalankan sekurang-kurangnya tiga kali setahun dan minit mesyuarat hendaklah dihantar seminggu selepas mesyuarat dan minit mesyuarat mesti dibuat dalam bentuk potret.

 

 

 

  • Semua guru Panitia Sains

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SU Panitia Sains

 

9.

 

Penangguhan

 

  • Mesyuarat Panitia Sains kali pertama ditangguhkan pada pukul 3.00 petang

 

 

  • Semua guru Panitia Sains

 

 


 

 

Disediakan Oleh :

 

 

…………………………………..

(PN NORAZNI ABDULLAH)

Setiausaha Panitia Sains

 

 

Disahkan Oleh :

 

 

………………………………….

(TN HJ ABD RAHMAN B. JUSOH)

Penolong Kanan Pentadbiran SMKB

 

 

 

Disemak Oleh :

 

 

…………………………………….

(PN LATIFAH SULAIMAN)          Ketua Panitia Sains

 


 

 

 

 

 

                              

 

Hakcipta  - Panitia Sains SMK Berangan Tumpat, Kelantan